Translate

29 September 2015

Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya




'Polis Evo' Kutip RM8 Juta Selepas 11 Hari Ditayangkan
mStar

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 6:29 PM


Zizan Razak (kanan) dalam 'Polis Evo'.

PETALING JAYA: Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh.

Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata, kutipan memberangsangkan itu turut didorong reaksi positif peminat selain langkah promosi yang giat dijalankan terhadap karya itu.

“Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.





Zizan Razak (kanan) dan Shaheizy Sam pelakon utama 'Polis Evo'.
Terdahulu Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM2.5 juta selepas empat hari ditayangkan.

Filem tersebut adalah arahan Ghaz Abu Bakar merupakan gabungan karya Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Dalam pada itu Najwa berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya meramal kehendak penonton walaupun kutipan filem tersebut mencecah angka luar biasa ketika dunia perfileman menunjukkan kesuraman.

“Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap Polis Evo, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia,” katanya.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Kedua-dua pemuda itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 19 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 5 hrs 36 mins ago