Translate

22 September 2015

Polis Evo berjaya mencatat kutipan RM2.5 juta dalam 4 Hari

Oleh RTKY Staff pada 
21 September 2015, 8:09PM
Adunan aksi dan komedi yang seimbang dan juga sentuhan pengarah berbakat besar Ghaz Abu Bakar, filem Polis Evo kini sudah pun berjaya mencatat kutipan RM2.5 juta walaupun hanya baru empat hari ditayangkan di pawagam.
Filem terbaru terbitan Astro Shaw itu mula ditayangkan pada 17 September lalu itu dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak dilihat mampu memberikan nafas baru kepada industri perfileman negara apabila berjaya membuatkan perasaan penonton terbuai dengan jalan cerita yang menarik. 

Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat terhadap filem ini malah jika sambutan berterusan (ditambah cuti dan juga hujung minggu), tidak mustahil filem ini mampu memecah kutipan wayang tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.
ADS: POLIS EVO DI PAWAGAM BERMULA 17 SEPTEMBER 2015
ROTIKAYA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 5 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Mal' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Trump Excludes Phones, Computers and Chips From Hi' 6 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Mal' 7 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'OREO SPACE DUNK BISKUT PERTAMA DICELUP DI ANGKASA ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 35 mins ago