Translate

30 October 2024

Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara



Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara

Bernama

30/10/2024


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Bernama


SEPANG: Tiga lelaki warga China dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri dengan cara menyeluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, minggu lepas.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menjatuhkan hukuman itu terhadap Zhou Jiang, Huang Yang serta Hu Hairong dan memerintahkan ketiga-tiganya yang berusia 50-an menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkapan 25 Okt.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, ketiga-tiga tertuduh juga diperintah membayar pampasan RM7,622 kepada mangsa, dan sekiranya gagal akan dikenakan penjara tambahan tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur 'Ain Madihah Zulkifli dan kesemua warga China itu diwakili peguam Eryanie Abdul Rahim.

Menurut fakta kes, ketiga-tiga tertuduh didapati melakukan jenayah seluk saku beg milik seorang warga Jepun di KLIA Terminal 1 pada lebih kurang 6 petang, 21 Okt lepas.

Sementara itu, Zhou Jiang turut mengaku bersalah dengan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kad kredit yang dicuri bagi membeli 13 kotak rokok.

Bagi kesalahan berkenaan, dia dipenjara tiga bulan serta diperintah membayar pampasan RM215.90, yang sekiranya gagal akan dikenakan tambahan sebulan penjara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 45 mins ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 56 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 3 hrs 6 mins ago