Translate

27 October 2024

Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun



Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun

Bernama

27/10/2024


Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata. - Bernama


KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menambah pungutan pingat emas menerusi Wong Weng Son pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun hari ini.

Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.

Malaysia terus menambah koleksi pingat menerusi Tan Cheong Min yang meraih perak dalam acara nanquan wanita selepas meraih 9.770 mata, di belakang wakil Indonesia yang mengutip 9.773 mata untuk pingat emas manakala wakil Hong Kong ketiga dengan 9.760 mata.

Sementara itu, Clement Ting Su Wei menamatkan saingan dalam disiplin gunshu lelaki di tempat keempat dengan 9.776 mata manakala Sydney Chin Sy Xuan keenam dalam disiplin taijijian wanita dengan 9.650 mata.

Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MENYAMAR SEBAGAI PETUGAS PERUBATAN JABATAN KESIHAT' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 LELAKI DITAHAN MAKAN PERCUMA' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RESIT BAYARAN PALSU 2 ANGGOTA BOMBA DISIASAT | BES' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SPR sasar lebih 70 peratus keluar' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengka' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 1 hr 4 mins ago