Translate

27 October 2024

Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan nilai - Dr Dzulkefly



Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan nilai - Dr Dzulkefly

Astro Awani

27/10/2024


Dr Dzulkefly merasmikan Sistem Kesihatan KPJ semasa Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024, pada Sabtu.


KUALA LUMPUR: Sistem Kesihatan KPJ yang dilancarkan pada Sabtu adalah simbol transformasi kepada landskap sektor kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, model bersepadu itu bermanfaat dalam menguruskan keperluan penjagaan kesihatan dengan berasaskan nilai.

“Sistem ini mencipta model penjagaan kesihatan berasaskan nilai. Ini bermakna ia beralih dari model fee-for-service tradisional kepada satu modul yang mempromosi penyampaian tadbir urus lebih efektif,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan sistem berkenaan semasa Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024, di sini, pada Sabtu.

Dr Dzulkefly menambah, pendekatan itu lebih adil kerana ia menekankan hasil kepada tahap kesihatan pesakit, bukan berdasarkan jumlah perkhidmatan yang diberi.

Dr Dzulkefly turut menyambut baik kerjasama antara hospital dan institusi penyelidikan seperti diusahakan KPJ Healthcare mampu menjadikan Malaysia antara pelopor dalam landskap penjagaan kesihatan Asia Tenggara.

“Langkah memajukan pendidikan dan penyelidikan perubatan melalui kerjasama antara KPJ dan Universiti KPJ dapat berikan kita fokus pada kesihatan populasi, penyelidikan perubatan dan pembangunan profesional penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berharap, sistem berkenaan bukan hanya menawar perkhidmatan klinikal tetapi memberikan khazanah ilmu perubatan melalui kualiti penyelidikan.

“Seperti yang anda tahu, hari ini di Malaysia kita memang kekurangan pakar. Berdasarkan populasi rakyat kita sekitar 34 juta, kita memerlukan hampir 19,000 pakar tapi kini hanya ada lebih kurang 10,000.

“Maka dengan menggabungkan perkhidmatan klinikal yang kini kita sediakan bersama dengan Universiti KPJ membolehkan kita terlibat dalam pendidikan dan menghasilkan satu inovasi dalam sektor ini,” ujarnya.

Rentetan itu, KPJ Healthcare komited untuk meneruskan pelaburan dengan jumlah lebih besar bagi menjamin penghasilan penyelidikan dan menyediakan inovasi terbaik.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 28 mins ago
A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 4 hrs 21 mins ago