Translate

28 October 2024

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama

28/10/2024


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran terus berhati-hati susulan dunia bersiap sedia untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada 5 November. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran terus berhati-hati susulan dunia bersiap sedia untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada 5 November.

Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3400/3595 berbanding dolar AS daripada 4.3405/3450 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pilihan raya presiden AS minggu depan akan menjadi agenda utama terutamanya apabila tinjauan pendapat menunjukkan persaingan yang amat sengit antara kedua-dua calon.

Beliau berkata, parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) gagal meraih majoriti kerusi dalam pilihan raya umum Jepun, mewujudkan ketidakpastian mengenai pembentukan gabungan dan dasar-dasar seterusnya.

"Yen rendah berbanding dolar AS sebanyak 0.42 peratus kepada 152.95 yen berikutan kebimbangan mengenai situasi politik di Jepun," katanya kepada Bernama.

Dalam negara, katanya, Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.09 peratus kepada 104.353 mata.

"Oleh itu, ringgit dijangka mendatar atau rendah sedikit hari ini berikutan dolar AS yang semakin kukuh," katanya.

Dalam dagangan awal, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen kepada 2.8401/8533 daripada 2.8554/8586 pada Jumaat lepas, ia naik berbanding pound kepada 5.6246/6499 daripada 5.6348/6407 dan menambah berbanding euro kepada 4.6872/7083 daripada 4.6977/7026 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2807/2957 daripada 3.2870/2907 pada Jumaat lepas, bagaimanapun ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8577/12.9228 daripada 12.8425/8619 sebelum ini.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.48 daripada 7.44/7.45 sebelum ini dan mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.7 daripada 277.3/277.8 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 12 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '251 calon tawar diri bertandin' 2 hrs 36 mins ago