Translate

29 October 2024

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 juta



Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hampir RM11 juta

Bernama

29/10/2024


Khaw Kok Chin (dua, kanan) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai lebih RM10 juta yang dirampas di sebuah rumah teres di Bandar Bukit Puchong, Jumaat lepas. - Foto BERNAMA


SUBANG JAYA: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu bernilai hampir RM11 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Bukit Puchong di sini pada 25 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu masing-masing ditahan di tepi jalan di Bandar Baru Sri Petaling dan Jalan Puchong Jaya pada 10.30 malam dan 11.30 malam, Jumaat lepas.

Susulan tangkapan itu, beliau berkata polis menyerbu ke sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Bukit Puchong dan berjaya menemukan 319 bungkusan teh herba berisi dadah disyaki syabu seberat 329.5 kilogram dengan anggaran nilai RM10.9 juta yang disembunyikan di sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak awal tahun ini dan menjadikan rumah teres berkenaan sebagai stor simpanan bekalan dadah dengan sewa RM1,800 sebulan sejak awal September lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat.

Khaw berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu, yang masing-masing mempunyai tiga dan satu rekod jenayah lampau menerima upah RM5,000 dan RM7,000 sebulan bagi menyimpan dan mengedar dadah itu.

Beliau berkata dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih dan polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

"Susulan penahanan itu, polis turut menyita kereta jenis Proton Saga dan Hyundai Sonata serta barang kemas dianggarkan bernilai RM70,270, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM11 juta," katanya.

Beliau berkata suspek kini direman selama tujuh hari hingga 1 Nov ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 min ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 3 hrs 32 mins ago