Translate

29 October 2024

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam



Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam

Bernama

29/10/2024


Faktor keusangan KD Pendekar yang melebihi Dasar Kasting menyukarkan kawalan kebanjiran berikutan kelemahan struktur badan kapal dan mempercepatkan kebanjiran merebak ke kompartmen lain. - Foto TLDM


KUALA LUMPUR: Lembaga Siasatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapati faktor kesilapan pandu arah dan keusangan kapal menjadi punca kepada insiden Kapal Diraja (KD) Pendekar karam di perairan Tanjung Penyusop, Johor pada 25 Ogos lepas.

Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

Selain itu, faktor keusangan kapal yang melebihi Dasar Kasting iaitu berusia 45 tahun telah menyukarkan kawalan kebanjiran berikutan kelemahan struktur badan kapal dan mempercepatkan kebanjiran merebak ke kompartmen lain.

"Usaha menyelamat dan mengapungkan KD Pendekar berjaya diselesaikan pada 15 Okt lepas oleh sebuah firma tempatan dan kapal kini dalam proses pemeriksaan teknikal," menurut kenyataan itu.

Pada 25 Ogos lepas, KD Pendekar karam ketika melaksanakan rondaan operasi dan insiden itu berlaku apabila kapal menghadapi gegaran kuat diikuti kebanjiran besar semasa menghampiri pesisir pantai untuk melakukan pemeriksaan teknikal.

Semua 39 kru kapal berjaya dipindahkan dengan selamat ke kapal dagang MV ASHLEY tanpa sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, lembaga siasatan tersebut juga mengesahkan kematian penyelam TLDM Laskar Kelas I PLM Arman San Hermansa semasa melakukan operasi salvaj KD Pendekar disebabkan lemas.

"Keadaan di kawasan operasi yang arusnya tidak menentu dan memukul lumpur di dasar laut mengakibatkan jarak penglihatan menjadi sangat terhad iaitu sekitar 1 kaki (0.3 meter) pada hari kejadian.

"Keadaan ini meletakkan penyelam berada pada situasi berisiko tinggi dan tekanan kerja yang mencabar. Apabila tali keselamatan yang digunakan oleh penyelam didapati tersangkut pada kapal tersebut, langkah kecemasan yang dilakukan mangsa tidak berhasil seterusnya menyebabkan beliau lemas," menurut kenyataan itu.

Markas Tentera Laut dalam kenyataan sama turut memaklumkan berdasarkan siasatan, prosedur operasi standard penyelaman dan langkah keselamatan telah dipatuhi sebelum tugasan penyelaman dimulakan selain peralatan turut disahkan berfungsi dengan baik dan mangsa disahkan kompeten.

Menurut kenyataan itu TLDM mengambil serius terhadap dapatan kedua-dua insiden terbabit selain mengutamakan keselamatan dan kesiapsiagaan anggota dalam menjalankan tugas dengan sempurna mengikut garis panduan ditetapkan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inter Milan come back from two goals down to beat ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKSI KEJAR MENGEJAR PERONDA POLIS DI EDL BERHAMPIR' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadanga' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 25 mins ago