Translate

27 October 2024

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri



Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

Bernama

26/10/2024


Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.20 petang memaklumkan keadaan itu berlaku di Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama juga berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat).

Turut tersenarai, Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed ''Bella wanita luar biasa, terima kasih kerana bers' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 10 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 12 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 27 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 37 mins ago