Translate

28 October 2024

10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu



10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu

Bernama

27/10/2024


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dipercayai pelacur dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an.

"Turut dirampas ialah kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.

"Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang beroperasi bermula 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rusdi berkata wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong untuk menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara bebas.

Beliau berkata serbuan dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 15 mins ago
A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 4 hrs 8 mins ago