Translate

30 October 2024

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan



MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan

Astro Awani

30/10/2024


Menurut Mohd Mirza, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara lain.


KUALA LUMPUR: Tidak perlu risau atau khuatir dengan keselamatan aplikasi digital tunggal kerajaan, MyDigital ID.

Demikian jaminan Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd, Mohd Mirza Mohamed Noor yang berkata, aplikasi itu hanya bertindak sebagai kunci digital untuk memudahkan rakyat, tidak langsung menyimpan data.

Menurutnya, sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, malah teknologi digunakan juga milik tempatan.

Tambahnya, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara-perkara lain.

Justeru, katanya kini pihaknya sedang giat mengumpul pendaftaran dengan mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dan industri perbankan.

“Jadi kita akan memacu pendaftaran melalui kes kepenggunaan. Di samping itu, saya boleh kata, dengan pihak perbankan, dengan 16 bank sudah komited untuk integrasi dengan MyDigital ID.

“Kita semua mempunyai akaun bank… jadi insya-Allah pada hujung tahun ini kita akan nampak jumlah pendaftaran itu akan bertambah.

“Untuk pihak perbankan, kita beri pilihan, MyDigital ID sebagai log masuk alternatif tetapi akan ada pertambahan pengguna MyDigital ID nanti. Justeru, tidak lama lagi akan ramailah log masuk guna MyDigital ID untuk aktiviti perbankan.

“Kita berharap apabila sudah mencapai satu angka tertentu, pihak bank akan menjadikan ia sebagai log masuk tunggal,” katanya.

Tambah beliau, MyDigital ID diperbaharui secara automatik pada setiap tahun untuk rakyat Malaysia dan segala kos, termasuk pentadbiran dan sijil digital ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian pada program Agenda AWANI, disiarkan di Astro AWANI pada Selasa.

MyDigital ID ialah satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh Pusat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan, MIMOS sejak 2016 dan kini mempunyai 32 Paten.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inter Milan come back from two goals down to beat ' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKSI KEJAR MENGEJAR PERONDA POLIS DI EDL BERHAMPIR' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadanga' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 37 mins ago