Translate

30 October 2024

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Manjeet Singh Dhillon



PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Manjeet Singh Dhillon

Bernama

30/10/2024


Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga Manjeet Singh Dhillon (foto) dan menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik dan peguam hebat. -Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon yang meninggal dunia, Isnin lepas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Manjeet Singh Dhillon dan menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik dan peguam hebat.

Manjeet, 82, pernah menjadi Presiden Badan Peguam Malaysia dan Presiden Royal Lake Club, meninggal dunia di rumahnya.

Manjeet terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi seperti pembelaan N. Pathmanabhan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan kes sivil Abdul Razak Baginda berkaitan Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang sahabat baik, selain merupakan seorang peguam hebat dan arif dalam bidangnya.

"Sebagai seorang rakan karib, saya terkesan atas pemergiannya. Takziah sekali lagi kepada keluarga mendiang Manjeet," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

.
Manjeet, 82, yang berkhidmat sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi Presiden Royal Lake Club meninggal dunia di rumahnya.

Antara kes berprofil tinggi dikendalikan oleh mendiang termasuk pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu pembelaan N. Pathmanabhan, seorang daripada empat tertuduh.

Peguam jenayah berkenaan juga merupakan peguam bagi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED