Translate
31 October 2024
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Bernama
31/10/2024
Penganut Hindu hadir di Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar Gunung Cheroh, Ipoh, bagi menyempurnakan upacara keagamaan sempena sambutan Deepavali ketika tinjauan Bernama hari ini.
KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil di kawasan masing-masing bagi menyempurnakan upacara keagamaan.
Kemeriahan Pesta Cahaya lebih bermakna dengan seluruh negara 'diterangi' sambutan yang menyemarakkan keharmonian dan perpaduan rakyat apabila segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum turut berkongsi kegembiraan meraikan perayaan berkenaan.
Di PERAK, kira-kira 5,000 penganut agama Hindu mengunjungi Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh seawal 6 pagi tadi untuk menyempurnakan upacara keagamaan.
Setiausaha Kehormat kuil berkenaan V. Thiagarajan berkata sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya dengan pelbagai pakaian berwarna-warni yang digayakan.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi ucapan di Facebook berkata sambutan Deepavali mengingatkan semua pihak betapa pentingnya persaudaraan dan perpaduan antara kaum dan agama yang merupakan kekuatan sebenar Malaysia.
Di MELAKA, perayaan Deepavali disambut meriah termasuk di Kuil Sri Karumarriamman Alayam, Paya Rumput Perdana yang menyaksikan ratusan penganut agama Hindu mula berkumpul sejak 7 pagi untuk bersembahyang.
R. Malini, 46, dari Taman Muzaffar Syah, Ayer Keroh berkata beliau bangun seawal 5.30 pagi untuk dimandikan dengan minyak oleh ibunya S. Shanta Devi, 73, sebelum bersiap-siap ke kuil bersama ahli keluarga.
"Kebiasaannya, ibu saya yang akan memandikan ahli keluarga dengan minyak, bermula dengan cucu dan diakhiri dengan anak-anaknya. Ibu juga sejak awal pagi telah memasak pelbagai juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung hari ini," katanya.
Di JOHOR, kuil tertua di negeri itu yang berusia 107 tahun, Kuil Arulmigu Thandayuthapani di Jalan Kuel, Wadi Hana terus menjadi tumpuan masyarakat Hindu bagi menyempurnakan upacara keagamaan sempena Deepavali dan hadir menggayakan pakaian berwarna-warni.
Walaupun dalam proses pengubahsuaian, Pengerusi Kuil G Meganathan menjangkakan lebih 1,000 penganut agama Hindu akan hadir bagi program keagamaan hari ini sebelum masing-masing meneruskan sambutan dengan aktiviti lain seperti berkumpul bersama keluarga.
Di NEGERI SEMBILAN, seramai 6,000 penganut agama Hindu dijangka mengunjungi Kuil Sri Bala Thandayuthapani di Seremban yang merupakan antara kuil tertua di negara ini.
Presiden Kuil Sri Bala Thandayuthapani Kapt (B) VR. Parameswaran berkata sempena perayaan Deepavali, kuil berkenaan dibuka untuk dua sesi dengan yang pertama bermula 7 pagi sehingga 12 tengah hari tadi diikuti sesi kedua bermula 7 malam hingga 9.30 malam.
Jayandran Maniban, 55, dari Felda Palong di Jempol yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Seremban berkata sudah menjadi rutin keluarganya untuk bergerak awal pagi ke kuil berkenaan bagi bersembahyang selain berkumpul meraikan Deepavali bersama penganut agama Hindu lain.
"Saya juga membawa pekerja, perayaan jadi lebih seronok, saya dapat membawa ahli keluarga di sini, mengambil gambar, semoga Deepavali ini memberikan kesejahteraan kepada kami semua," katanya yang merupakan seorang kontraktor.
Di SELANGOR, kemeriahan Diwali dapat dirasai dengan masyarakat beragama Hindu yang hadir ke Kuil Sri Maha Maariamman Devasthanam di Shah Alam kelihatan segak dan menawan mengenakan pakaian tradisional masing-masing.
Sambutan turut dimeriahkan dengan penganjuran rumah terbuka oleh Ahli Parlimen Klang V. Ganabatirau yang turut dihadiri antaranya Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Ganabatirau berkata penganjuran rumah terbuka yang diadakan secara tahunan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kepimpinan kerajaan negeri dan persekutuan di samping berkongsi kemeriahan perayaan itu bersama masyarakat berbilang bangsa di Selangor.
Sementara itu, di PERLIS menyaksikan Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam di Kangar menjadi tumpuan penganut agama Hindu di negeri itu yang hadir sejak 7 pagi tadi bagi menyempurnakan upacara keagamaan.
K. Kalai Selvian 23, yang ditemui selepas mengunjungi kuil berkenaan tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya berpeluang pulang menyambut Deepavali bersama keluarga di Kangar selepas gagal berbuat demikian pada tahun lepas kerana komitmen kerja di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ketinggalan hadir menyertai ribuan rakyat memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 yang diadakan di Sentul hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta menteri-menteri dan timbalan menteri.
Orang ramai pula dilihat memanfaatkan cuti umum sempena sambutan Deepavali dengan mengunjungi beberapa kawasan tarikan pelancong dan mercu tanda terkenal di sekitar ibu negara antaranya di sekitar KLCC, Bukit Bintang, Jalan Pudu dan juga Dataran Pahlawan.
Tinjauan di beberapa pusat beli belah di ibu kota pula mendapati orang ramai mengambil peluang untuk membeli-belah kerana terdapat tawaran istimewa dan diskaun sempena perayaan Deepavali.
Di TERENGGANU, sambutan Deepavali disambut secara sederhana oleh masyarakat Hindu dengan dimulakan upacara mandi minyak bijan pada waktu pagi sebelum matahari terbit.
Penjawat awam D. Punithavalli, 39, berkata upacara itu bermula dengan ahli keluarga yang paling tua akan menyapu minyak ke atas kepala setiap ahli keluarga.
"Selesai upacara itu, kami pergi ke kuil untuk melaksanakan upacara sembahyang dan apabila pulang ke rumah, kami menikmati juadah seperti tosai, idli, laddu dan banyak lagi," katanya.
Punithavalli berkata meskipun masyarakat India merupakan golongan minoriti di negeri ini, namun kemeriahan sambutan Deepavali tetap dirasai dengan kunjungan jiran-jiran dan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa ke rumah mereka.
Di SARAWAK, perayaan Deepavali juga disambut sederhana namun bermakna meskipun penganut Hindu di negeri ini tidak begitu ramai.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilihat mengambil peluang mengunjungi dua rumah terbuka anjuran Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira dan peguam Shankar Ram sempena Pesta Cahaya hari ini.
Sementara itu di PULAU PINANG, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam perutusan sambutan Deepavali mengajak seluruh keluarga Pulau Mutiara menghayati nilai kasih sayang, hormat-menghormati, perpaduan dan keharmonian yang perlu diperkukuhkan dalam hubungan kekeluargaan serta komuniti.
Beliau berharap sinar Deepavali akan sentiasa menerangi perjalanan ke arah mencapai visi Penang2030 dan Malaysia MADANI bagi memastikan segala perancangan serta pembangunan di negeri itu dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuk kaum India.
Chow turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan inisiatif dan insentif dalam memperkasakan kaum India menerusi penambahan peruntukan geran tahunan Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang daripada RM1.5 juta kepada RM2 juta pada tahun akan datang.
Popular Posts - Last 7 days
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
-
Sons of Frenchman who organised mass rape of their mother ask for tough sentences Reuters 20/11/2024 Gisele Pelicot arrives with her son Fl...
-
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC Bernama 20/11/2024 MITI berkata keanggotaan Malaysia dalam SMIIC telah diluluskan ol...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
Blog Archive
-
▼
2024
(4455)
-
▼
Oct 2024
(704)
- Sambutan rumah terbuka Deepavali Madani | 31 Okt 2024
- Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni selur...
- SPRM reman 2 lagi individu kes kartel perolehan ba...
- Judge orders Elon Musk to court over $1 million gi...
- Gov't never discussed introducing ChatGPT subscrip...
- Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik keti...
- 1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spek...
- Russell Peters to perform in Kuala Lumpur
- Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia r...
- Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
- Police recover RM7.2 million ransom money in busin...
- US$3 billion development for TRX diverted into Naj...
- ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN ...
- EFL CUP HIGHLIGHTS : Spurs sink Man City 2-1, Man ...
- MAF probing bullying incident using iron at UPNM
- JUDGE: US$3 billion development for TRX diverted i...
- The Spanish football league will observe a minute'...
- "It's hard to find true friends" - Najib Razak
- Ketua Polis Indonesia dahului penerima DKPP daripa...
- Zubir Khan's - "Deepavali Sudah Mari" Music Video ...
- The appointment of Azalina as President of IACA is...
- Korean students running scared of 'Blackpink's Ros...
- Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berun...
- Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7....
- Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
- PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Man...
- MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan dat...
- CAAM tidak perbaharui Sijil Perakuan GIAAN Flying ...
- Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang ...
- Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan b...
- Pengurus Ikhwan Cafe didakwa memperdagangkan orang
- Applications for the Russian government scholarshi...
- The founder of TikTok, Zhang Yiming, is the riches...
- Tawaran kerja AS susut, ringgit dibuka mengukuh be...
- Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam ...
- Two more GISB followers to be charged today - IGP
- Is Rúben Amorim the RIGHT manager for Manchester U...
- 🚨FA PREMIER LEAGUE APOLOGY "Sorry Not A Penalty" ...
- Media urged to comply with Act 611 in reporting on...
- Former Malaysian PM Najib Razak will be called to ...
- Malaysia first country to be nominated by BRICS co...
- Nasib Najib Razak Kes 1MDB Diketahui Pagi Ini
- Malaysia’s BRICS partner status set to contribute ...
- Malaysia's former PM Mahathir discharged from hosp...
- Facebook owner Meta faces US$2.8 mln lawsuits in J...
- Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal l...
- Chinese fan cycles for 13,000 km in 6 months to me...
- PM Anwar terima kunjungan hormat CFM, bincang usah...
- Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendir...
- KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, B...
- Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat ...
- Culik ahli perniagaan: 10 suspek disambung reman, ...
- Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hamp...
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, ...
- Jangan terperdaya individu menyamar Ayob Khan
- Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok
- Former Philippine President Duterte confirms exist...
- EV charging stations to double to 4,000 next year ...
- Dividend tax reduced to 2 pct in response to MSME ...
- Diana Danielle Fail Cerai Kali Kedua Pada Farid Ka...
- BREAKING: Erik ten Hag has been sacked by Manchest...
- Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendeka...
- PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu ...
- Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tungga...
- Trump dahului Harris di 7 negeri penting seminggu ...
- KKM sahkan sampel anggur ‘shine muscat’ tiada resi...
- Ismail Sabri withdraws defamation suit against Age...
- Woman charged with possession of 38 banned publica...
- New legislation on gig workers to ensure comprehen...
- Deepavali: Toll-free travel on all highways for Cl...
- SINDIKET PELABURAN EMAS | Polis Kedah Terima 48 La...
- MAHKAMAH | Buruh Didakwa Langgar Murid
- Arsenal 2 - 2 Liverpool | 2024/25 PL Highlights | ...
- Sesi Soal Jawab oleh PM Anwar Ibrahim & Rafizi Ram...
- Najib's apology means nothing to me, says Loke
- Polis tahan dua lelaki, rampas 145kg dadah bernila...
- Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu
- Op Global: 68 permohonan perintah mahkamah kembali...
- Lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak di Rawang dipe...
- Aktiviti potong pokok punca operasi tren KTM, ETS ...
- KPDN laksana pemantauan pastikan peniaga patuh SHM...
- Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci s...
- Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan pa...
- 10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di...
- Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek sa...
- Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kemati...
- Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai d...
- Pegawai Kesuma diminta turun ke setiap negeri, den...
- Pengguna kereta api Jerman bakal berdepan gangguan...
- Rakyat teruja saksi istiadat persandingan Tengku M...
- Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Warga Asing
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Parti pemerintah Jepun, LDP hilang majoriti dalam ...
- Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Ist...
- ANGGUR IMPORT | KPKM Siasat ‘Shine Muscat’ Didakwa...
- Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends...
- Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan...
- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ...
- Kes Culik Warga China: Lima Suspek Berjaya Diberkas
- Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di...
-
▼
Oct 2024
(704)