Translate

28 October 2024

Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17



Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17

Bernama

28/10/2024


Dokumentari itu memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah upacara pertabalan, aspek budaya, tradisi serta persiapan di sebalik Istiadat Pertabalan YDPA ke-17. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh mula menonton dokumentari khas mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 8 malam tadi.

Dokumentari khas bertajuk Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berdurasi 38.05 minit itu disiarkan di platform rasmi YouTube Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumentari itu memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah upacara pertabalan, aspek budaya, tradisi serta persiapan di sebalik peristiwa penting itu.

"Istiadat ini juga menonjolkan warisan institusi Diraja Malaysia, dengan setiap elemen majlis pertabalan dirancang dengan teliti, melambangkan kedaulatan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia," katanya.

Menerusi dokumentari itu, rakyat dapat melihat lebih dekat proses, persiapan dan keunikan istiadat berkenaan sekali gus memberi penghormatan kepada adat Istiadat Diraja yang diamalkan sejak turun-temurun.

Dokumentari itu diterbitkan oleh Johor Royal Press Office dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat Istana Negara.

.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Police station chief arrested for taking drug 'jui' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Police station chief arrested for taking drug 'jui' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wings Air lapor polis kes ahli DPRD cekik pramugar' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kerala viewed 'Sea Games 2017 Golden Moment - Malaysian Women's B' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPDN MELAKA SERBU PREMIIS JUAL BARANGAN TIRUAN | B' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Delhi viewed 'Encik Shakib Shakir Dilantik Sebagai Ketua Pengara' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Police station chief arrested for taking drug 'jui' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Prabakaran tewas kepada' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wings Air lapor polis kes ahli DPRD cekik pramugar' 5 hrs 5 mins ago
A visitor from Perai viewed 'Robbery at Poh Kong Leisure Mall Could be Inside J' 5 hrs 25 mins ago