Translate

29 March 2025

JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja warga Sri Lanka



JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja warga Sri Lanka

Bernama

29/03/2025


Hasil siasatan mendapati remaja itu gagal untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan hanya fasih berbahasa Tamil. - Foto Facebook/Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah


ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah berjaya menggagalkan cubaan pemalsuan identiti seorang remaja perempuan warga Sri Lanka di Pejabat Imigresen UTC Sungai Petani pada Rabu lepas.

JIM Kedah dalam satu kenyataan di laman media rasmi Facebook memaklumkan pihaknya menahan remaja berusia 14 tahun itu ketika dia hendak memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di pejabat itu kira-kira 8.40 pagi.

"Hasil siasatan mendapati remaja itu gagal untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan hanya fasih berbahasa Tamil. Ia menyebabkan anggota JIM berasa ragu dengan identiti remaja itu yang telah hadir untuk membuat pasport bersama seorang wanita warga Malaysia yang mengaku sebagai ibunya.

"Setelah merujuk perkara itu kepada penyelia bertugas, wanita yang mengaku sebagai ibu kepada remaja itu secara tiba-tiba bangun dan melarikan diri dan meninggalkan kad pengenalan diri dan sijil lahir yang dikemukan semasa membuat permohonan pasport berkenaan," menurut kenyataan itu.

Semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) dan dokumen pengenalan diri yang ditinggalkan telah membawa kepada penemuan dalang utama kes, iaitu seorang wanita berbangsa India yang mengaku sebagai ibu remaja berkenaan.

"Pihak kita sedang mengesan suspek manakala remaja itu kini berada dalam jagaan pihak JIM Kedah dan sedang menunggu tindakan lanjut oleh Bahagian Penguat Kuasa.

"Satu laporan polis juga telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(k) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana menggunakan dokumen pengenalan diri tidak sah. JIM akan terus komited memastikan integriti dokumen perjalanan Malaysia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'Woman jumps to her death at Sunway Pyramid Shoppin' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 17 mins ago
A visitor from Melaka viewed '25 terima rawatan awal setakat' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 21 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 41 mins ago
A visitor from La habra viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 43 mins ago