Translate

29 March 2025

Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin



Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin

Bernama

29/03/2025


Dalam satu sidang media di kementerian, Nasaruddin mengumumkan tarikh 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac, 2025. - Gambar IG nasaruddin_umar


JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kata Menteri Agama Nasaruddin Umar pada Sabtu malam.

Dalam satu sidang media di kementerian, beliau mengumumkan tarikh 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac, 2025.

Pengumuman itu dibuat setelah selesainya persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Syawal), yang melibatkan antaranya pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, ahli falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil-wakil dari kedutaan di Indonesia.

Turut hadir Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Shamsuri Ghazali.

"Pada malam ini untuk seluruh wilayah Indonesia masih melakukan solat tarawih. Kita berharap hasil daripada sidang ini seluruh umat Islam di Indonesia dapat merayakan Aidilfitri dengan sukacita," katanya.

Umat Islam di republik ini telah mula berpuasa sejak 1 Mac.

Indonesia adalah negara dengan majoriti Muslim terbesar di dunia, dengan 87 peratus daripada lebih 282 juta penduduk beragama Islam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed ''Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hamp' 20 secs ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 5 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditaha' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPN Nafi Kakitangan Buat Pemeriksaan Rumah Ke Ruma' 18 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Yasin dibebaskan hukuman penjara seumur hidup, 16 ' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takun' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 31 mins ago