Translate

30 March 2025

Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta



Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta

Bernama

29/03/2025


Razarudin mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

Sumber PDRM berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, di sini petang tadi selepas pulang dari Osaka, Jepun.

"Suspek setakat ini sudah mengambil wang daripada mangsa kira-kira RM10 juta yang sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta dengan mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.

"Malah suspek menjelaskan kononnya wang diambil itu akan diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa supaya tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA," katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber memaklumkan, bagaimanapun kegiatan suspek sudah dihidu oleh pasukan AMLA Bukit Aman yang kemudiannya menjalankan risikan dan siasatan sebelum menahan lelaki itu petang tadi.

"Suspek yang juga merupakan tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak dan gas serta merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapat perintah tahanan reman," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 50 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 1 hr 50 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 1 hr 50 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 1 hr 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 1 hr 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 14 mins ago