Translate

30 March 2025

Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Bentong



Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Bentong

Bernama

30/03/2025


Pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian


KUANTAN: Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori lima tan, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan sebuah kenderaan jenis Subaru pada pukul 4.55 petang.

"Terdapat seorang lelaki dan dua wanita dewasa yang meninggal dunia di dalam Honda Accord dan kematian mereka telah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Tiga lagi mangsa dalam Honda Accord, iaitu seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengalami kecederaan.

"Mereka telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong," katanya.

Sementara itu, pemandu lori turut mengalami kecederaan manakala lapan individu lain yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat dalam kemalangan tersebut.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terlibat dalam operasi menyelamat.

- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 27 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 27 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video) | BEST' 39 mins ago
A visitor from Chihuahua viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 44 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 45 mins ago
A visitor from Buenos aires viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 45 mins ago
A visitor from San francisco viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 49 mins ago
A visitor from Bucharest viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 50 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 1 hr 15 mins ago