Translate

29 March 2025

Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani pembedahan keluarkan serpihan peluru



Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani pembedahan keluarkan serpihan peluru

Bernama

29/03/2025


Wan Azlan berkata suspek berusia 30-an itu berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Subang Jaya. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Seorang daripada dua suspek yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Jalan SS14, Subang Jaya, dekat sini semalam, selesai menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan peluru (di bahagian bawah pusat).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata suspek berusia 30-an itu berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Subang Jaya.

"Seorang anggota polis yang dirempuh semasa kejadian hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek pertama berusia 40-an direman empat hari hingga 1 April ini manakala suspek kedua yang cedera akibat terkena tembakan itu pula direman enam hari hingga 3 April.

Wan Azlan berkata semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah selain ujian air kencing turut mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

"Semasa tangkapan dilakukan, beberapa barang milik mangsa pecah rumah juga telah ditemukan dan hasil soal siasat kedua-dua suspek mengaku terlibat kes yang sedang disiasat," katanya, menambah pemeriksaan lanjut juga dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka turut terlibat dalam kes lain.

Dalam kejadian 3.50 petang semalam, polis menahan dua lelaki selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan SS14, Subang Jaya.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki suspek selepas mereka bertindak melanggar motosikal serta seorang anggota polis yang berada di tempat kejadian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 8 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs 11 mins ago