Translate

29 March 2025

U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk rangkaian 5G generasi baharu



U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk rangkaian 5G generasi baharu

Bernama

29/03/2025


U Mobile akan memberikan pengalaman unggul melalui rangkaian 5G generasi baharu gred perusahaannya.


KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd telah menerima surat anugerah rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk penggunaan rangkaian 5G terbaharu Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Wong Heang Tuck berkata mandat itu meletakkan syarikat itu memainkan peranan penting dalam memajukan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia peneraju ekonomi digital serantau.

Beliau berkata U Mobile akan memberikan pengalaman unggul melalui rangkaian 5G generasi akan datang (generasi baharu) gred perusahaannya.

"Kami komited untuk menyokong transformasi digital negara dengan memacu penggunaan 5G dan menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi negara digital berpendapatan tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wong berkata dengan rekod prestasi yang menjangkau lebih daripada 17 tahun, U Mobile yakin dalam menyampaikan rangkaian 5G generasi seterusnya yang terbaharu.

Syarikat itu juga mengalu-alukan visi kerajaan untuk Rangkaian Dwi 5G dan berkata ia akan meningkatkan kemampanan industri sambil menggalakkan persaingan dan inovasi, mengekalkan Malaysia di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai R' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 19 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 4 hrs 39 mins ago