Translate

28 March 2025

Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan



Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan

Bernama

28/03/2025


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.Datuk Armizan Mohd Ali ketika bertemu pengamal media selepas program Ihya’Ramadan Peringkat Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong hari ini. - Foto Bernama


PAPAR: Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Kerajaan meluluskan RM38 juta setahun untuk menampung kos pengangkutan gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan, dengan peningkatan kos pengangkutan daripada 10 sen kepada 20 sen sepeket gula.

Kabinet bersetuju mewujudkan stok penimbal gula sebanyak 1,000 tan metrik di Sabah, Sarawak, dan Labuan untuk memastikan bekalan tidak terputus, dengan peruntukan sekali bayar sebanyak RM1 juta bagi setiap stok penimbal.

Jawatankuasa teknikal pemantauan harga dan bekalan barangan telah diinstitusikan untuk bertindak responsif terhadap isu harga dan bekalan serta membuat perancangan awal, terutama menjelang musim perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata mesyuarat Kabinet baru-baru ini bersetuju dengan syor KPDN supaya meningkatkan kos pengangkutan daripada 10 sen sepeket gula kepada 20 sen, bermula bulan depan.

"Ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam memastikan bekalan gula putih bertapis di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak terputus.

"Saya amat berterima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyokong peningkatan kos peruntukan daripada RM19 juta kepada RM38 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadan Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata Kabinet turut bersetuju untuk mewujudkan stok penimbal gula sebanyak 1,000 tan metrik di Sabah, Sarawak, dan Labuan bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan barangan asas tersebut.

"Bagi tujuan ini, perbincangan akan diadakan bersama dua syarikat pengilang gula tempatan, iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

"Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan sekali bayar sebanyak RM1 juta bagi setiap stok penimbal memandangkan syarikat pengeluar gula berdepan kerugian," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bekalan gula negara diimport dari Thailand dan Brazil selepas penutupan kilang gula di Perlis.

Armizan berkata satu jawatankuasa teknikal pemantauan harga dan bekalan barangan telah diinstitusikan dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN dengan penglibatan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

"Melalui mesyuarat berkala, jawatankuasa ini bukan sahaja bertindak secara responsif terhadap isu-isu berkaitan harga barang dan bekalan, tetapi juga membuat perancangan lebih awal, terutamanya bagi menghadapi musim perayaan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 5 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 13 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 31 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 33 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PDRM kekal teguh jaga keamanan' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 hr 14 mins ago