Translate

30 March 2025

Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara Mandalay, Myanmar



Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara Mandalay, Myanmar

Bernama

30/03/2025


Sebuah pagoda mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat di Mandalay, Myanmar, pada Jumaat. - Gambar/ Reuters


KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda kira-kira 17 batu utara Mandalay, Myanmar pada petang Ahad selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan rantau itu dua hari sebelumnya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku berhampiran bandar kedua terbesar Myanmar itu berlaku ketika siri gegaran susulan yang melanda Myanmar sejak gempa utama pada Jumaat.

USGS turut menjelaskan bahawa pusat gempa bumi terbaharu itu adalah cetek, meningkatkan kemungkinan gegaran kuat dirasai di darat.

Menurut USGS, satu lagi gegaran susulan berukuran 4.2 pada skala Richter turut melanda berhampiran Shwebo, kira-kira 68 batu barat laut Mandalay pada pagi Ahad.

Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan direkodkan 17 kilometer di timur Shwebo di Wilayah Sagaing.

Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan besar akibat kejadian itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai R' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 8 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 4 hrs 28 mins ago