Translate

30 March 2025

Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kampung sambut Aidilfitri



Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kampung sambut Aidilfitri

Bernama

30/03/2025


Difahamkan kesemua tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Semporna untuk berhari raya semasa kejadian.


KOTA KINABALU: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 100 kilometer dari balai BBP Beluran itu selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 pagi.

"Empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang lagi bayi terlibat dalam kejadian. Enam berjaya dibawa keluar daripada kereta itu oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bayi yang berusia enam bulan bersama seorang lagi individu yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mengalami cedera ringan, dan operasi kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Difahamkan kesemua tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Semporna untuk berhari raya semasa kejadian.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 3 mins ago