Translate

29 March 2025

Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar direka tampung gempa



Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar direka tampung gempa

Bernama

29/03/2025


Chow berkata bangunan seperti Komtar dan jambatan di negeri itu direka bentuk dengan kemampuan menampung ukuran skala magnitud gempa bumi. - Gambar Facebook Chow Kon Yeow


BATU KAWAN: Pulau Pinang setakat ini tidak terkesan dengan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar semalam, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata bangunan seperti Komtar dan jambatan di negeri itu direka bentuk dengan kemampuan menampung ukuran skala magnitud gempa bumi.

"Memang dibina dengan mengambil kira gempa bumi sehingga satu tahap. Reka bentuknya dapat tampung dalam anggaran hingga 7 skala Richter," katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Rahmah MADANI Parlimen Batu Kawan di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di bangunan tinggi.

Semalam, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) melaporkan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Myanmar pada 1.20 tengah hari dengan gegaran dirasai di Bangkok.

Malah, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk di Komtar dan George Town serta penduduk yang tinggal di kawasan apartmen sekitar Butterworth di sini.

JBPM Pulau Pinang juga menerima dua panggilan terus ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dan BBP Lebuh Pantai di George Town berhubung fenomena itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 2 hrs 34 mins ago