Translate

29 March 2025

Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, siasatan segera perlu diambil



Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, siasatan segera perlu diambil

Bernama

29/03/2025


Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen, termasuk penjual belon berkenaan. - Gambar/ Media sosial


KUALA LUMPUR: Siasatan segera perlu dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden membabitkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, beliau turut mengecam insiden berkenaan.

Tindakan penguat kuasa mengasari peniaga dalam satu video yang tular tidak boleh diterima serta apa sahaja alasan tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab itu.

"Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak 'memacul' sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan. Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkatkan tahap keperibadian," katanya menerusi hantaran di laman X.

Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen, termasuk penjual belon berkenaan.

Penjual terbabit enggan menyerahkan belon yang dibawanya sehingga mencetuskan pergelutan.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara se' 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 14 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Duda ditahan rakam video aib pelajar sekolah | BES' 15 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam la' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam la' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging' 53 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'DUA BERANAK LAGAK SAMSENG TlBAl CASHIER | BEST FBK' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam la' 1 hr 4 mins ago