Translate

31 March 2025

Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia untuk pembedahan anak



Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia untuk pembedahan anak

Bernama

31/03/2025



Mereka kini sedang menunggu temu duga visa di kedutaan AS di Malaysia dan berharap dapat berlepas ke negara itu antara 12 hingga 14 April. - Foto: R Selva Ganapathy


KUALA LUMPUR: Bapa kepada S. Harsheetaa Sai yang berusia lapan tahun merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sumbangan yang diberikan sehingga membolehkan RM1.5 juta berjaya dikumpul untuk pembedahan jantung anaknya di Amerika Syarikat.

R. Selva Ganapathy, 42, berkata jumlah itu berjaya dikumpulkan hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas media melaporkan mengenai kisah anak perempuannya yang menghidap penyakit jantung kongenital.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kemurahan hati dan sokongan padu anda semua dalam saat mencabar ini. Terima kasih kepada keprihatinan anda, kami telah capai sasaran kutipan yang diperlukan untuk rawatan anak saya.

"Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menghulurkan sumbangan yang membantu meringankan beban kewangan kami. Dengan sumbangan anda, kami kini dapat meneruskan rawatan dan pembedahan seterusnya di Boston Children's Hospital," katanya kepada Bernama.

Selva Ganapathy yang juga seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswathy di Sungai Buloh berkata beliau kini sedang menunggu temu duga visa di kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan berharap dapat berlepas ke negara itu antara 12 hingga 14 April.

Harsheetaa Sai yang bersekolah di tempat sama bapanya mengajar menghidap penyakit itu sejak lahir dan memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan di hospital berkenaan yang terkenal dengan kepakaran dalam merawat masalah jantung yang kompleks.

Pada 20 Mac, Anwar menghulurkan sumbangan kepada keluarga Harsheetaa Sai yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah kanak-kanak itu di Batu Caves, Selangor.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 19 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Silver spring viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 6 mins ago