Translate

29 March 2025

Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna topi keledar



Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna topi keledar

Bernama

29/03/2025


Kejadian pergaduhan itu disyaki berpunca akibat perselisihan faham melibatkan suspek dan mangsa berumur 52 tahun. - Gambar/ Media sosial


MELAKA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di persimpangan masuk Taman Cheng Utama pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 27 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Tiga, Klebang.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian pergaduhan itu disyaki berpunca akibat perselisihan faham melibatkan suspek dan mangsa berumur 52 tahun.

"Pergaduhan itu akhirnya membawa kepada insiden fizikal dan suspek bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk memberikan keterangan selain diberikan borang POL 59 untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Beliau berkata pihak polis sedang dalam proses merampas motosikal dan topi keledar serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah atau balai polis berdekatan," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 17 saat yang merakamkan kejadian itu tular di Facebook.

-- BERNAMA








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 3 hrs 17 mins ago