Translate

28 March 2025

Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 15 jam selepas juruterbang hilang pasport



Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 15 jam selepas juruterbang hilang pasport

Bernama

28/03/2025


Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport. - Gambar fail/skytrax


SEOUL: Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai industri.

Penerbangan OZ708 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina pada 1.35 pagi waktu tempatan, tetapi juruterbang tidak dapat meneruskan prosedur imigresen selepas pasportnya hilang.

Walaupun pencarian menyeluruh dilakukan di dalam pesawat dan kawasan sekitar, pasport itu gagal ditemukan. Oleh itu, Asiana Airlines mengutuskan juruterbang pengganti dari Korea Selatan, menyebabkan masa pelepasan ditangguhkan selama 15 jam 20 minit.

Syarikat penerbangan itu menyediakan penginapan untuk 135 penumpang di hotel berhampiran dan mengatur pengangkutan dari lapangan terbang.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang kami," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Cops seize over 2.1 tonnes of drugs from Latin Ame' 4 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Mencuri di pelantar minyak, tujuh warga Indonesia ' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia ranks first globally in open data i' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Scandalous Pictures of The Raja Muda of Selangor G' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. Navy lost a $67 million fighter jet at sea af' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Sao paulo viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Duda ditahan rakam video aib pelajar sekolah | BES' 5 hrs 49 mins ago