Translate

24 August 2015

Video seornag Lelaki warga emas berusia 70 tahun nyaris maut apabila dia dirempuh dan digilis di sebuah stesen minyak di Kluang menjadi viral



Kluang: Lelaki warga emas berusia 70 tahun nyaris maut apabila dia dirempuh dan digilis sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan mangsa, Mohamad Nasir Manas, 70, patah tulang pinggul.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham , berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia 42 tahun yang menaiki kenderaan jenis Perodua Kancil sedang mengisi minyak.

"Bagaimanapun ketika mahu meneruskan perjalanan, selipar suspek dikatakan tersangkut pada pedal minyak lalu merempuh dan menggilis mangsa yang berada di hadapannya.

"Akibat daripada kemalangan itu mangsa patah tulang pinggul dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Utama, Kluang. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu tidak cermat.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72522#sthash.RhvKiaLh.dpuf
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72522#sthash.RhvKiaLh.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED