Translate

24 August 2015

4 lelaki termasuk dua lelaki warga Iran dan seorang wanita dicekup bersama 324 kilogram dadah syabu bernilai RM20 juta


Dadah bernilai RM20 juta dirampas

Georgetown: Empat suspek lelaki termasuk dua lelaki warga Iran dan seorang wanita dicekup bersama 324 kilogram dadah syabu bernilai RM20 juta dalam serbuan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, Khamis lalu.

Kesemua mereka ditahan hasil risikan dan intipan yang dilakukan sepasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Kedua-dua suspek warga Iran itu merupakan ahli kimia dan mahir dalam memproses dadah dan mereka dipercayai diupah oleh sindiket dadah sebelum dibawa masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak 12 Julai yang lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemeriksaan yang dilakukan di makmal berkenaan menemui beberapa peralatan dan bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah.

Katanya, semasa tiga suspek itu ditahan mereka dipercayai sedang memproses dadah jenis syabu itu.






PENGARA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan sebahagian barang dan bahan memproses dadah jenis syabu yang berjumlah RM20 juta. FOTO Amir Irsyad Omar

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72500#sthash.33wjFnML.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED