Translate

27 August 2015

Sebut 'Bodoh' Tak Boleh Tapi Perkataan 'Bangsat' Boleh Pula, Pengarah tanya LPF


Bila Hendak Sebut 'Bodoh' Tak Boleh Tapi Perkataan 'Bangsat' Boleh Pula




Berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyatakan "bangsa Melayu akan bangsat tanpa UMNO" yang menjadi bahan tulisan di media cetak dan media sosial telah menimbulkan tanda tanya kepada seorang pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki.

Beliau pelik kerana perkataan 'bodoh' tidak boleh disebut di dalam filem kerana menerima larangan daripada Lembaga Penapisan Filem(LPF) tetapi perkataan 'bangsat' yang seperti semua orang tahu juga merupakan perkataan yang melambangkan tidak elok tercetak di media sehingga tercetak di dada akhbar tempatan dibenarkan pula.

"Nak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau Censorship Board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tidak adil," katanya.

Beliau berkata demikian dengan memuatnaik status berkenaan di laman Facebook miliknya di mana rata-rata netizens mengatakan keadaan yang berlaku adalah 'Double Standard' hanya kerana kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri. - Siakapkeli.my



Keratan laporan Bernama





S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED