PENYANYI popular Stacy Anam, 25, hari ini mengesahkan dia sudah memeluk Islam di Pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Saya memang tidak bersedia sebenarnya untuk berkongsi perihal ini.
"Namun kalau difikirkan, kalau makin lama saya pendam perkara ini, Stacy fikir ia akan menjadi lebih buruk.
"Ya Stacy akui bahawa saya telah memeluk Islam," katanya kepada pemberita di Pejabat Astro, Bukit Jalil hari ini.
Stacy turut mengumumkan nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam.
Terdahulu berita pengislaman Stacy tersebar di media sosial selepas seorang pengguna Instagram memuat naik sekeping gambar Stacy yang memakai tudung hitam sedang menghadap seorang wanita sambil melafaz dua kalimah syahadah.
Menurut kapsyen gambar itu, kehadiran Stacy ditemani teman lelakinya yang juga merupakan penyanyi kumpulan Akim and The Majistret, Akim Ahmad, 24.
Turut hadir pada majlis itu ialah bapa Akim, Ahmad sulaiman dan ibunya Aminah Bahari dan ibu Stacy Agnes Kallos.
Juara Akademi Fantasia musim keenam itu merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik sebelum ini merupakan penganut agama Kristian.
Stacy sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Akim yang berasal dari Johor
"SEBAGAI seorang Islam saya maafkan mereka, sebab itu yang diajar dalam agama Islam," kata Stacy atau nama baharunya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan video dia mengucap dua kalimah syahadah semalam.
"Saya serahkan kepada pihak pengurusan Astro, tetapi secara peribadi saya sudah maafkan," katanya kepada pemberita pada sidang medianya di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, hari ini.
Sementara itu, menjelaskan mengenai tujuannya memeluk Islam, Stacy berkata lahir dari hati yang ikhlas untuk mendalami agama Islam.
"Stacy masuk Islam bukan kerana mahu berkahwin seperti yang diperkatakan sebelum ini dan bukan juga disebabkan pengaruh orang lain atau pun Akim.
"Penghijrahan saya terjadi kerana atas dasar keinginan dan keikhlasan saya untuk mendalami Islam itu sendiri.
"Sekiranya Stacy mahu berkahwin lebih baik Stacy masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja. Sekiranya dia (Akim) bukan jodoh saya, saya tak kisah kerana saya memeluk Islam kerana saya ikhlas mahu memeluknya," katanya.