Terima padah rogol remaja bawah umur
WARTAWAN SINAR HARIAN
Md Kussin ketika di luar mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki OKU dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dengan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja di bawah umur, tiga tahun lalu.
Tertuduh Md Kussin Abdul Rahman, 53, dituduh merogol mangsa berusia 13 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram, di sini, pada bulan November 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) 9(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Md Kussin yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun (ketika kejadian) yang juga anak angkatnya melahirkan dua orang anak daripada perbuatan terkutuk tersebut.
Hakim, Azura Alwi menetapkan keputusan tersebut selepas mendengar rayuan tertuduh yang ingin bertanggungjawab atas mangsa dan anak-anaknya selain meminta diringankan hukuman yang ditetapkan sebelum ini iaitu 15 tahun penjara dan 10 sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Norashikin Ibrahim.