Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.
Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.
Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan kepadamStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.