Translate

23 August 2015

Seorang gadis telah tekad merompak sebuah kedai serbaneka dengan hanya bersenjatakan sebilah pisau.


Gadis Bersenjatakan Pisau Rompak Sebuah Kedai Serbaneka Yang Dijaga Dua Orang Lelaki




GEORGE TOWN: Setu kejadian rompakan dilaporkan awal pagi tadi apabila dilaporkan seorang gadis berumur lingkuan 20an telah tekad merompak sebuah kedai serbaneka dengan hanya bersenjatakan sebilah pisau.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 12.55 pagi gadis berkenaan telah memasuki kedais erbaneka tersebut dengan memaki topi keledar putih dan berpura-pura hendak membeli rokok.

Gadis berkenaan kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau daripada pokenya sebelum mengacukan ke arah dua pekerja lelaki di dalam kawasan kaunter sebelum mengarahkan menyerahkan wan tunai.

Kerana bimbang akan keselamatan diri mereka seorang pekerja berkenaan telah menyerahkan wang sebanyak RM155 yang terdapat dalam mesin tunai kepada wanita itu.

Gadis berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal yang sudah menunggu di luar kedai tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana merompak menggunakan senjata,” katanya. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED