Translate

27 March 2025

Dua beradik maut: Nanta minta laporan segera daripada syarikat konsesi



Dua beradik maut: Nanta minta laporan segera daripada syarikat konsesi

Bernama

26/03/2025


NANTA: Saya tidak mahu ada lagi nyawa yang melayang disebabkan oleh kelemahan infrastruktur jalan raya. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan syarikat konsesi menyediakan laporan terperinci dengan kadar segera susulan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar adik-beradik di Kluang, Johor baru-baru ini.

Beliau berkata dalam pertemuan lebih dua jam bersama wakil syarikat konsesi itu di Melaka hari ini, pihak syarikat diarahkan memberi penjelasan kepadanya serta pengurusan tertinggi kementerian.

"Saya telah membatalkan mesyuarat pasca-Kabinet di kementerian untuk bertemu sendiri dengan wakil syarikat konsesi yang bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan berkenaan iaitu Selia Senggara Selatan Sdn Bhd di Melaka.

"Saya juga telah menegur dengan tegas bahawa syarikat konsesi perlu meningkatkan usaha untuk memastikan jalan yang berada di bawah tanggungjawab mereka sentiasa dalam keadaan baik demi keselamatan pengguna," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengingatkan syarikat konsesi agar tidak bertindak hanya selepas tragedi berlaku kerana pematuhan standard penyelenggaraan jalan bukan sekadar tanggungjawab kontrak, tetapi juga satu amanah untuk memastikan keselamatan rakyat.

"Saya tidak mahu ada lagi nyawa yang melayang disebabkan oleh kelemahan infrastruktur jalan raya," katanya.

Pada 21 Mac, media melaporkan dua beradik, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nur Alif Ikhwan, 16, maut akibat parah di kepala serta badan selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 1 hr 37 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 3 hrs 10 mins ago