Translate

28 March 2025

PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand



PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand

Bernama

28/03/2025


Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata laporan mengenai bangunan runtuh, orang awam terperangkap dan angka korban yang semakin meningkat amat menyedihkan. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata laporan mengenai bangunan runtuh, orang awam terperangkap dan angka korban yang semakin meningkat amat menyedihkan.

"Kami juga memantau rapat perkembangan di selatan Yunnan di China di mana gegaran turut dirasai dan kerosakan struktur dilaporkan.

"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan mendoakan mereka yang cedera serta kehilangan tempat tinggal," katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia berdiri dalam solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama-sama negara jiran dan anggota ASEAN.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia turut mengiktiraf darurat yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa di Myanmar dan designasi Bangkok sebagai kawasan dilanda bencana oleh kerajaan Thailand.

"Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan mengikut keperluan," katanya.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.

Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

Di Myanmar, media tempatan melaporkan bahawa keadaan darurat telah diisytihar di wilayah Sagaing, Mandalay, Magway, Bago, Negeri Shan Timur serta ibu kota Naypyidaw dan pada masa sama, pihak berkuasa terus menilai tahap kerosakan.

Di Thailand, laporan menunjukkan bahawa sistem transit utama termasuk MRT, BTS dan Airport Rail Link di Bangkok terpaksa dihentikan susulan gegaran itu.

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengisytiharkan darurat di Bangkok dan penilaian kerosakan masih dijalankan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 12 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 18 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 3 hrs 22 mins ago