Translate

27 March 2025

Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pelabuhan Pulau Pinang



Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pelabuhan Pulau Pinang

Bernama

27/03/2025


Tourism Malaysia memaklukan kunjungan ke SPCT itu ialah sebahagian daripada pelayaran sulung Queen Anne yang merangkumi lebih 30 destinasi ke lebih 20 negara. - Gambar www.cunard.com


GEORGE TOWN: Kapal mewah terbaharu Cunard, Queen Anne dari Southampton, United Kingdom, membuat persinggahan sulung di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di Pelabuhan Pulau Pinang di sini hari ini, menandakan pencapaian penting dalam industri pelancongan kapal persiaran Malaysia.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklukan kunjungan ke SPCT itu ialah sebahagian daripada pelayaran sulung Queen Anne yang merangkumi lebih 30 destinasi ke lebih 20 negara sekali gus meraikan kedudukan Malaysia dalam pasaran pelancongan kapal persiaran mewah global yang semakin menonjol dan keupayaannya menarik kapal persiaran bertaraf dunia.

Menurut kenyataan itu, kapal Norwegian Sun turut berlabuh di Pulau Pinang pada 30 Mac ini bagi melengkapkan ketibaan Queen Anne sekali gus mengukuhkan status Malaysia sebagai destinasi kapal persiaran utama.

"Norwegian Sun sedang dalam pelayaran merentas lautan selama 17 malam dengan jangkaan 3,950 penumpang dari Singapura ke Cape Town, dengan jadual perjalanan menarik melibatkan beberapa pelabuhan strategik termasuk Pulau Pinang, Port Louis (Mauritius) dan Pelabuhan Durban di Afrika Selatan," menurut kenyataan itu.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin menghadiri majlis sambutan kapal berkenaan yang turut menampilkan persembahan kebudayaan Malaysia serta pemberian cenderamata tempatan kepada kira-kira 5,094 penumpang di atas kapal.

Dalam pada itu, Yeoh dalam kenyataan sama berkata persinggahan sulung itu memberikan peluang istimewa untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelancong antarabangsa serta memaparkan warisan budaya yang kaya, pemandangan menakjubkan dan keramahan rakyatnya sekali gus mendorong mereka untuk kembali dan meneroka negara ini semasa kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pelabuhan Pulau Pinang menerima kunjungan beberapa kapal persiaran antarabangsa baru-baru ini termasuk Azamara Pursuit, MS Blue Dream Melody, AIDAStella dan Norwegian Sky.

Pada 2024, SPCT mengendalikan sebanyak 1,046,165 penumpang termasuk 650,518 penumpang transit antarabangsa dan 4,840 penumpang pelabuhan tempatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 21 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 31 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M' 34 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rilek Je Johan Kentut masa dia dan isterinya sedan' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bournemouth 1-2 Manchester City | Quarter-Final | ' 54 mins ago