Translate

01 April 2025

Gempa bumi Myanmar: Angka korban meningkat kepada 2,056



Gempa bumi Myanmar: Angka korban meningkat kepada 2,056

Bernama

01/04/2025


Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,056 orang, dengan kira-kira 3,900 cedera dan hampir 270 lagi dilaporkan hilang. - Gambar Bernama


YANGON: Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,056 orang, dengan kira-kira 3,900 cedera dan hampir 270 lagi dilaporkan hilang, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin, lapor Xinhua.

Pasukan penyelamat antarabangsa dan tempatan kini mengejar masa untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang terjejas.

Kumpulan pertama bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan China tiba di Myanmar pada Isnin.




-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED