Translate

31 March 2025

Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh - Agong, Raja Permaisuri



Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh - Agong, Raja Permaisuri

Bernama

31/03/2025


Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah bertitah, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dalam perutusan Aidilfitri bertitah, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.

"Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang tulus ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha yang kukuh juga mesti dilaksanakan untuk membanteras, tanpa kompromi, sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan.

"Harus difahami oleh semua bahawa menjaga perpaduan ini bukan satu usaha yang mempunyai tarikh tamat. Ia adalah sesuatu yang mesti berterusan selamanya--mendidik, memupuk dan menyemai dalam rakyat kita," titah Seri Paduka Baginda berdua.

Baginda berdua turut bertitah bahawa perpaduan tidak seharusnya hanya di permukaan tetapi mesti lebih mendalam, terutamanya apabila timbul keperluan untuk menangani situasi di mana sesetengah pihak mungkin terguris akibat kejahilan, sama ada disengajakan atau tidak.

Seri Paduka Baginda berdua turut berharap agar pesanan tersebut diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan dan rakyat jelata kerana perpaduan adalah asas kepada kesejahteraan serta kemakmuran negara.

Bersempena dengan Aidilfitri yang disambut hari ini, Seri Paduka Baginda berdua juga berharap agar ia disambut dengan penuh kesyukuran, menandakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah mengawal hawa nafsu, mensucikan jiwa dan mengejar segala ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

"Alhamdulillah, sekali lagi kita dikurniakan nikmat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.

Saya dan isteri mendoakan semoga sekalian rakyat serta seluruh negara kita dilindungi daripada musibah, insya-Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," titah Seri Paduka Baginda berdua.

Bagi mereka yang gigih berkhidmat untuk negara pada hari yang mulia ini, Seri Paduka Baginda berdua bertitah, jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai serta didoakan agar dikurniakan keberkatan dan terus ditiupkan semangat yang kental serta jitu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi - ' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 16 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 19 mins ago