Translate

31 March 2025

Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi



Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi

Bernama

31/03/2025





BANGKOK: Kehidupan di Bangkok kembali pulih tiga hari selepas gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dan menggegarkan ibu kota Thailand.

Kehidupan di Bangkok hampir pulih sepenuhnya tiga hari selepas gempa bumi berukuran 7.7 melanda Myanmar dan menggegarkan ibu kota Thailand.

Gabenor Bangkok mengesahkan lalu lintas kembali lancar di semua laluan utama, namun beberapa gangguan kecil masih berlaku di kawasan tertentu.

Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di Daerah Chatuchak meningkat kepada 11 orang, dengan lebih 70 orang masih hilang dan dipercayai terperangkap.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melaporkan bahawa bandar itu kini hampir pulih sepenuhnya.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt mengesahkan bahawa lalu lintas kembali lancar di semua laluan utama, termasuk laluan rel Kuning dan Merah Jambu serta kedua-dua arah Lebuhraya Din Daeng.

Namun, beberapa gangguan kecil masih berlaku di Jalan Kamphaeng Phet 2 berhampiran tapak bangunan runtuh di Daerah Chatuchak serta tapak pembongkaran kren di Bang Pho, Daerah Bang Sue, katanya kepada pemberita di Pusat Arahan Kecemasan Bangkok, Isnin.

Gempa bumi yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu meragut 18 nyawa, dengan puluhan lagi masih dilaporkan hilang di Thailand.

Chadchart menggesa orang ramai agar bertenang dan tidak panik, menekankan bahawa gegaran susulan dari gempa bumi itu adalah kecil dan hampir tidak dapat dirasai di Thailand.

Beliau juga menjelaskan bahawa struktur bangunan yang kekal utuh selepas gempa bumi Jumaat lalu masih selamat.

Hasil pemeriksaan awal BMA mendapati dua bangunan di Bangkok diklasifikasikan sebagai tidak selamat untuk didiami, menjejaskan sekitar 2,000 penduduk.

Sehingga Isnin, 172 orang telah ditempatkan di penginapan sementara.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, mengumumkan bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku Ketua Komander Nasional bagi Pencegahan dan Mitigasi Bencana, menurunkan tahap bencana daripada Tahap Tiga (pengurusan bencana besar) kepada Tahap Dua (pengurusan bencana sederhana).

Dalam perkembangan lain, Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Erawan Centre) melaporkan bahawa jumlah korban akibat runtuhan bangunan di Daerah Chatuchak meningkat kepada 11 orang, dengan lebih 70 orang masih hilang dan dipercayai terperangkap dalam runtuhan.

Pada Jumaat lalu, tapak pembinaan ibu pejabat baharu Pejabat Audit Negara, yang terletak berhampiran Stesen Besar Bang Sue, runtuh selepas gempa bumi kuat pada Jumaat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Berat viewed 'Chinese Artist Recreation of The Last Supper Sells' 2 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Funeral Mass of Pope Francis from the Vatican | BE' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Funeral Mass of Pope Francis from the Vatican | BE' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'BEST FBKL' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 47 mins ago