Translate

26 November 2024

Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar



Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar

Astro Awani

26/11/2024


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA


SEOUL: Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkenaan dibangkitkan dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Yoon Suk Yeol.

“Kita juga minta disegerakan pembelian yang sudah diputuskan beberapa tahun yang lalu, iaitu 18 unit pesawat FA-50M yang sepatutnya diterima pada 2026. Tetapi kalau boleh diminta dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media tertutup bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin pada September memaklumkan tahap kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M milik Malaysia telah mencapai 39 peratus ketika ini dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama pesawat pejuang itu pada 2026.

Mohamad Khaled berkata kesemua pesawat pejuang ringan berkenaan dibina mengikut jadual dan perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M itu adalah antara perancangan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED