Translate

29 March 2025

Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rapi di kawasan kemalangan



Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rapi di kawasan kemalangan

Bernama

29/03/2025


Abdul Halim menyampaikan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena peluncuran Op Selamat 24 peringkat negeri. - Foto BERNAMA


KANGAR: Polis Perlis akan melaksanakan pemantauan rapi di 12 lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan dalam Op Selamat 24 yang bermula hari ini hingga 3 April, bersempena Aidilfitri.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan, terutamanya penunggang motosikal yang juga kumpulan paling berisiko mengalami kecederaan parah dan maut sekiranya terlibat dalam kemalangan.

"Polis Perlis turut mengingatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan, mematuhi undang-undang lalu lintas dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

"Marilah kita sambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan tanpa sebarang tragedi. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengguna jalan raya serta pegawai dan anggota JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) yang bertugas sepanjang perayaan ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Op Selamat 24 peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli di Jalan Kuala Perlis dekat sini petang semalam.

Sementara itu, Muhammad berkata pihaknya juga melaksanakan Op Lancar selama 15 hari bermula 23 Mac lepas bagi menangani kesesakan lalu lintas, terutamanya di jalan-jalan utama di Perlis yang dijangkakan sesak dengan kepulangan perantau.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 33 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 18 mins ago