Translate

29 March 2025

Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rapi di kawasan kemalangan



Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rapi di kawasan kemalangan

Bernama

29/03/2025


Abdul Halim menyampaikan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena peluncuran Op Selamat 24 peringkat negeri. - Foto BERNAMA


KANGAR: Polis Perlis akan melaksanakan pemantauan rapi di 12 lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan dalam Op Selamat 24 yang bermula hari ini hingga 3 April, bersempena Aidilfitri.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan, terutamanya penunggang motosikal yang juga kumpulan paling berisiko mengalami kecederaan parah dan maut sekiranya terlibat dalam kemalangan.

"Polis Perlis turut mengingatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan, mematuhi undang-undang lalu lintas dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

"Marilah kita sambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan tanpa sebarang tragedi. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengguna jalan raya serta pegawai dan anggota JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) yang bertugas sepanjang perayaan ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Op Selamat 24 peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli di Jalan Kuala Perlis dekat sini petang semalam.

Sementara itu, Muhammad berkata pihaknya juga melaksanakan Op Lancar selama 15 hari bermula 23 Mac lepas bagi menangani kesesakan lalu lintas, terutamanya di jalan-jalan utama di Perlis yang dijangkakan sesak dengan kepulangan perantau.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 23 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '15 countries have sent trade deal p' 37 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 51 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Polis tumpas skim penipuan pelaburan, rampas aset ' 54 mins ago