Translate

10 April 2025

AS tangguh tarif, Bursa Malaysia melonjak pada sesi awal



AS tangguh tarif, Bursa Malaysia melonjak pada sesi awal

Bernama

10/04/2025


Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada 1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, ekuiti AS mencatat kenaikan terbesar selepas Trump bertindak mengumumkan penangguhan sementara tarif selama 90 hari dan menurunkan tarif timbal balas kepada asas 10 peratus, kecuali bagi China yang menyaksikan kadar itu dinaikkan kepada 125 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata, sentimen pasaran kekal berhati-hati terhadap pendirian China dalam perang perdagangannya dengan AS yang berlanjutan.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan berlakunya pemulihan serta-merta dalam pasaran hari ini apabila pelabur menghadam petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.

"Namun, kami menjangkakan pelabur terus berwaspada kerana keadaan tarif yang masih belum muktamad di tengah-tengah kecelaruan dasar Trump," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata indeks penanda aras itu dijangka berlegar dalam julat 1,400-1,450 hari ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank untung 41 sen kepada RM9.91, Public Bank meningkat 14 sen kepada RM4.23, TNB menokok 38 sen kepada RM13.20, CIMB menambah 37 sen kepada RM6.72 dan IHH Healthcare meraih 10 sen kepada RM6.81.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada empat sen, SumiSaujana naik setengah sen kepada 18.5 sen, MYEG menokok 5.5 sen kepada 81 sen, Velocity Capital meningkat dua sen kepada sembilan sen dan Nationgate meraih 18 sen kepada RM1.20.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 441.80 mata kepada 10,785, Indeks FBMT 100 menokok 424.84 mata kepada 10,573.68 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 432.66 mata kepada 10,573.68.

Indeks FBM 70 naik ketara sebanyak 757.21 mata kepada 15,139.58 manakala Indeks FBM ACE meningkat 183.61 mata kepada 4,329.87.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 705.07 mata kepada 17,609.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 6.65 mata kepada 138.69, Indeks Tenaga menokok 37.97 mata kepada 650.56 dan Indeks Perladangan meraih 243.87 mata kepada 7,082.96.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 7 hrs 3 mins ago