Translate

03 June 2021

Pemimpin kanan UMNO Bahagian Seremban yang merakam perlakuan lucah menunjukkan kemaluannya sudah tidak dapat dikesan





Pemimpin UMNO Bahagian Seremban ‘hilang’ selepas tular video aksi lucah


Pemimpin kanan UMNO Bahagian Seremban yang merakam perlakuan lucah menunjukkan kemaluannya sudah tidak dapat dikesan, kata Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Zool Amali Hussin.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Zool Amali berkata individu terbabit bukan sahaja sudah tidak mengaktifkan akaun Facebooknya, malah telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp selepas klip video itu tersebar.

“Individu tersebut juga telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp pada malam hari video itu tersebar.

“Pemuda UMNO Seremban menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, UMNO bahagian itu menggesa Lembaga Disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil tindakan sewajarnya susulan tersebarnya video aksi lucah pemimpin berkenaan.

Naib Ketua UMNO bahagian, Mazalan Maarof berkata, video berkenaan yang telah tersebar sejak Jumaat lalu benar-benar telah mencemarkan imej parti dan turut dijadikan bahan sindiran oleh parti lawan.

“Surat dan laporan telah kami hantar kepada Lembaga Disiplin UMNO kelmarin dan saya berpandangan perkara ini sesuatu yang begitu mengaibkan. Ia bukan sahaja sudah tersebar dalam kalangan ahli UMNO, tetapi ahli parti lain.

“Lembaga Disiplin UMNO yang boleh menentukan, imej UMNO Seremban kena dibersihkan, kita mahu menghadapi pilihan raya, jika tiada apa-apa tindakan, isu ini akan terus dimainkan dan bagaimana kita mahu berkempen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata, salinan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO turut diserahkan kepada Presiden UMNO, Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.


UMNO Negeri Sembilan minta penjelasan isu video aksi lucah

ASTRO AWANI

Sinar Harian

Jun 3, 2021 00:27 MYT


UMNO Negeri Sembilan minta penjelasan isu video aksi lucah

Video berkenaan dibimbangi akan merosakkan imej baik parti. - Gambar hiasan

SEREMBAN: Sekumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Negeri Sembilan meminta seorang pemimpin di negeri itu untuk memberikan penjelasan berhubung penyebaran video aksi lucah yang tular sejak Jumaat lalu.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mazalan Maarof, pihaknya telah menghantar surat dan laporan kepada Lembaga Disiplin parti pada Isnin lalu berhubung video berkenaan yang dibimbangi akan merosakkan imej baik parti.

"Saya telah menghantar laporan kepada Lembaga Disiplin termasuk surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Penyebaran video aksi lucah ini sangat mengaibkan, malah akan menjatuhkan reputasi baik UMNO. Sehingga kini kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, tuan punya badan gagal dikesan, Facebook telah dipadam, telefon juga tidak dijawab.

"Semua group WhatsApp beliau telah keluar, jadi kami tidak tahu apa situasi sebenar, jika tidak benar sila tampil dan beri penjelasan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan juga pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Pemuda UMNO tetap dengan prinsip, benar tetap benar, salah tetap salah. Semoga perkara yang berlaku ini menjadi iktibar untuk kita semua," katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan gagal apabila nombor telefon pemimpin terbabit gagal dihubungi berikutan tidak lagi aktif.

Artikel asal disiarkan Sinar Harian: UMNO Negeri Sembilan minta penjelasan isu video aksi lucah


For More News:

https://www.agendadaily.com/politik/pemimpin-umno-bahagian-seremban-hilang-selepas-tular-video-aksi-lucah/



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED