Translate

26 June 2021

Angka COVID-19 di Indonesia terus melonjak, lebih 21,000 kes baharu direkodkan

Indonesia merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 melebihi angka 21,000 kes

Angka COVID-19 di Indonesia terus melonjak, lebih 21,000 kes baharu direkodkan

BERNAMA

JAKARTA, 26 Jun -- Indonesia merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 melebihi angka 21,000 kes, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 21,095 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,093,962.

Rekod tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 24 Jun lepas iaitu sebanyak 20,574 kes.

Sebanyak 1,842,457 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 358 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 56,729 orang.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu terakhir ini dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED