Translate

29 June 2021

Pekerja maut tersepit mesin 'conveyor' di kilang kelapa sawit

Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas


Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebua5h kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian. -Gambar hiasan


Pekerja maut tersepit mesin 'conveyor' di kilang kelapa sawit

BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian dekat sini, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian yang menimpa lelaki berusia 34 tahun itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penukaran liner pada bahagian hujung mesin berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati sebahagian badan mangsa berada di dalam ruang antara scrapper dan pulley semasa menjalankan kerja pemasangan liner tersebut.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terkepit di dalam conveyor dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Susulan daripada itu, Mohd Rosdee berkata pihaknya telah mengarahkan aktiviti penyelenggaraan di tempat kerja tersebut dihentikan serta-merta sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Beliau berkata, pihak majikan telah diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kerja yang dijalankan di tempat berkenaan termasuk prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko.

Katanya, JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Pontian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Kassala viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 44 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 1 hr 8 mins ago