Translate

29 June 2021

YDP Agong - Persidangan Parlimen Perlu Diadakan Secepat Mungkin !









Difahamkan, kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara telah menyampaikan keperluan mengadakan sidang khas kedua-dua Dewan bagi membolehkan sesi Parlimen Hibrid dijalankan. - Foto BERNAMA




Buka Parlimen: 'We will see you soon' - Timbalan Speaker


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara berakhir kira-kira 12 tengah hari tadi.

Difahamkan kedua-dua Speaker telah meninggalkan perkarangan Istana Negara melalui Pintu Satu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon memberitahu media bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah mengenai ruang lingkup kuasa Baginda sewaktu Darurat, serta keperluan mengikuti nasihat Perdana Menteri mengenai pembukaan Parlimen.

Bagaimanapun tiada perincian diberikan mengenai sesi yang berlangsung kira-kira satu jam itu.

“We will see you (media) soon semasa kita buka Parlimen, sama ada secara biasa atau hibrid,” katanya ringkas.

Media difahamkan akan ada kenyataan susulan dari Parlimen mengenai pertemuan itu.

Sesi sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini merupakan rentetan kepada siri-siri pertemuan Baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Azhar dan Rais dijangka menyampaikan dapatan dan kajian mereka kepada Tuanku tentang tarikh pembukaan Parlimen secara hibrid selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Proklamasi Darurat.

Selain itu, media juga difahamkan, mereka juga telah menyampaikan keperluan mengadakan sidang khas kedua-dua Dewan bagi membolehkan sesi Parlimen Hibrid dijalankan.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 55 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 43 mins ago