Translate

27 June 2021

PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita (Video)


 


PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita

Farham Cik TV

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis (Pulapol) kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol.

"Siasatan dalaman terhadap jurulatih polis itu telah dimulakan dan sehingga siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk membuat tugas am pejabat.

"Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai sexist dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tegas Zaini, sebarang salah laku akan diambil tindakan tegas dan segera di bawah peruntukan undang-undang serta peraturan tatatertib pegawai awam sedia ada.

Pada Ahad, tular di media sosial satu video berdurasi 23 saat memaparkan seorang anggota polis lelaki yang bertugas sebagai jurulatih di sebuah Pulapol dikatakan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

27 Jun 2021

Video: Media Sosial

Source: Farham Cik TV YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 2 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 43 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 4 hrs 35 mins ago